Friday, October 23, 2009

Majlis Makan Malam Amal Sempena Pertandingan Busana Pengantin Muslimah 01 Jan 2010

Desa Permai Wedding Planner ingin menganjurkan satu Pertandingan Busana Pengantin Muslimah dan satu Majlis Makan Malam Amal yang akan diadakan
pada 01.01.2010(Jumaat) bertempat di Grand Ballroom Putri Sa’adong,Grand Riverview Hotel Kota Bharu Kelantan.
Tujuan Majlis ini diadakan adalah untuk mengetengahkan bakat-bakat yang ada pada pereka fesyen anak tempatan dan juru andam dari setiap daerah di Kelantan.Saya juga terpanggil untuk mengetengahkan lagi Fesyen Busana untuk golongan Muslimah yang menutup aurat bahawa fesyen tidak hanya kepada mereka yang tidak bertudung malahan fesyen muslimah juga tidak kurang hebatnya bila di olah oleh mereka yang berbakat.
Majlis ini juga adalah untuk mengumpul sedikit sumbangan untuk disalurkan kepada badan kebajikan yang akan diumumkan kelak.Sumbangan ini akan dikumpul melalui Jualan Meja Amal yang akan dijual kepada badan-badan korporat,jabatan-jabatan dan orang perseorangan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli Jualan Meja Amal ataupun menyertai pertandingan yang dianjurkan bolehlah menghubungi kami untuk keterangan lanjut.