Wednesday, October 20, 2010

Risha Sweet 15 Bufday Party






Risha Sweet 15 Bufday Party.Kali ini kami ke Teratak Yamud lagi untuk melangsungkan Majlis Harijadi Puterinya yang ke-15.Bertemakan Coklat & Biru dan berkonsepkan pelamin Fairy Tale Garden.Daripada persiapan aturcara Majlis hingga ke Kad Jemputan dan juga Catering diuruskan oleh pihak DPWP Catering.Sama-sama kita saksikan koleksi gambar pada hari tersebut.Terima Kasih.
(Gambar koleksi peribadi)

My Little Clients Bufday ( Rayyan & Qaseh )





Ini adalah client kami yang paling kecil dan comel.Kami kali ini menguruskan Persiapan untuk Majlis harijadi Rayyan & Qaseh.Bermula dari warna tema and idea serta pengurusan untuk Majlis Harijadi ini diuruskan oleh pihak DPWP.Kami doakan semoga Rayyan & Qaseh menjadi anak yang soleh & solehah.Terima kasih.
(Gambar Koleksi Peribadi)

Majlis Kelahiran Dato'Hj Yaakub ke 69





Kali ini kami menguruskan Majlis sambutan Hari Lahir Dato'Hj Yaakub di Terataknya.Bermula dari Pulut Kuning,hidangan tetamu dan juga dekorasi diuruskan pihak kami.Bertemakan Maroon + Gold Majlis ini berlansung dengan jayanya.Kami di DPWP ucapakan Semoga Panjang Umur dan dimurahkan rezeki.Sama-sama kita saksikan sedutan di Majlis ini.Terima kasih
(Gambar koleksi peribadi)

Tahniah Buat Annuar & June




Kali ini kita menyaksikan majlis sambut menantu buat pasangan kita Annuar & June. Majlis berlangsung di Kota Bharu.Pasangan ini memilih tema putih dan gold di Majlis bersejarah mereka.Sama-sama kita saksikan sedikit sedutan di Majlis ini.Kami doakan semoga berbahagia sehingga ke anak cucu dan terima kasih sekali lagi kami ucapkan.
(Foto By : John Fitri)

Saturday, October 16, 2010

Majlis Pernikahan dan Persandingan Raihan & Suami




Kali ini kami ke Kota Bharu sempena Majlis Peryatuan Dua Hati Raihan dan suami.Bertemakan Hijau Putih.Kami doakan semoga berkekalan sehingga ke anak cucu.Saksikan sedikit sedutan Majlis bersejarah mereka.Terima Kasih

Majlis Pertunangan Atiey & Peja





Tahniah diucapkan kepada pasangan kali ini iaitu Atiey & Peja.Pasangan ini memilih tema Gold + Maroon untuk majlis bersejarah mereka.Kami di DPWP doakan semoga hubungan ini berkekalan sehingga ke Jinjang Pelamin.Sama-sama kita saksikan detik-detik manis mereka.Terima Kasih
(Gambar Koleksi Peribadi)

Monday, October 4, 2010

Majlis Pertunangan Fazra






Kali ini kami paparkan Majlis Pertunangan Fazra bersama pasangannya.Beliau memilih tona warna putih dan oren untuk Majlis bersejarah ini.Majlis ini berlansung di Machang.Kami doakan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.
(Gambar Koleksi Peribadi W.Fazra)