Monday, August 15, 2011

Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya


Kami warga DPWP ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua para pelanggan kami serta pengunjung blog ini.Terima kasih diatas segala sokongan yang diberikan kepada Butik Desa Permai Wedding Planner.Semoga Ramadhan kali ini memberikan ada kedamaian serta semangat baru dalam hidup anda.Bagi Bakal mempelai kami yang akan berkahwin di Syawal ini,kami doakan semoga Majlis anda akan berjalan dengan lancar serta Jumpa anda di Majlis Bersejarah anda nanti.

Post ini ucapan penganti diri,
Semoga berbahagia di aidilfitri,
Kepulangan perantau dipagi raya,
menyambut syawal bersama keluarga.

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.

Buah pauh di tengah bendang,
Jadi dagangan di tengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas dari semua warga kerja DPWP